Sunday, November 14, 2010

KEDAI ONLINE


Selaras dengan perkembangan dan kemajuan  ICT yang pantas, pemasaran produk boleh dibuat dengan lebih luas ke seluruh dunia hanya dengan satu klik sahaja. Pengguna internet juga begitu pesat dan telah mencapai lebih dari 1 billion. orang dari jumlah penduduk dunia seramai 6.8 bilion. Ini adalah satu pasaran yang besar dan perlu diterokai segera. Mereka memerlukan berbagai jenis produk bagi memenuhi keperluan harian mereka.

Walau bagaimanapun ianya tidak semudah yang  disangka. Segala langkah dan usaha mesti diataur dengan teliti dan berhati-hati untuk mencapai keuntungan yang maksimum. Bagi mencapai matlamat tersebut, perlu ada produk yang berkualiti, harga yang berpatutan dan disamping jenama dan pemasaran yang berkesan.

Saya sedang berusaha untuk mendapatkan beberapa produk dan akan membuat penilaian bagi menentukan kualiti dan kebolehpasarannya diperingkat domestik dan antarabangsa. Apabila proses ini selesai saya akan memasukkan maklumat mengenai produk secara terperinci, cara membuat tempahan, pembayaran dan penghantaran kepada pelanggan.

Sehubungan dengan itu saya juga mengalu-alukan penyertaan dari mana-mana pihak yang berminat untuk memasarkan produk mereka secara online dengan syarat produk tersebut memenuhi spesifikasi yang ditetapkan dan mampu untuk membuat pengeluaran bagi memenuhi permintaan pasaran.