Monday, November 26, 2012

Penambahbaikan Blog Kedai Online

Saya amat mengalu-alukan pandangan, komen serta teguran yang baik bagi menambahbaikan lagi Kedai Online demi keselesaan semua. Mungkin pada peringkat awal, penampilan tidak begitu menarik dan Insyallah dengan ruang yang ada saya akan perbaiki blog ini agar lebih kemas dan menarik.
 
Segala pandangan boleh dibuat diruangan komen atau boleh email kepada saya. Segala pandangan dan teguran yang ikhlas akan diterima dengan hati yang terbuka.
 
Semoga Kedai Online akan mendapat sokongan dari rakan-rakan semua. Saya ucapkan ribuan terima kasih atas segala sokongan yang diberikan.

AZMAN YUSOF
13 Muharam 1433H

Cenderahati Premium dan Korporat


Sebagai pengenalan sebelum tarikh pelancaran pada Januari 2013, Kedai Online memperkenalkan beberapa item yang sering digunakan sebagai cenderahati pada penghujung tahun dan awal tahun nanti. Rakan-rakan yang berminat untuk membuat tempahan cenderahati boleh hubungi saya di talian 0143259709. Harga berpatutan dan Insyallah saya akan menyumbang kepada Tabung XWM3 untuk kegunaan aktiviti group. Katalog akan ditambah dari semasa ke semasa untuk kemudahan pengguna.
 
Antara item yang diperkenalkan adalah seperti berikut:
 
 
 
 
Metal Pen
Key Chains
Drinkware
 
 
 
Notebooks & Diaries

Sunday, November 14, 2010

KEDAI ONLINE


Selaras dengan perkembangan dan kemajuan  ICT yang pantas, pemasaran produk boleh dibuat dengan lebih luas ke seluruh dunia hanya dengan satu klik sahaja. Pengguna internet juga begitu pesat dan telah mencapai lebih dari 1 billion. orang dari jumlah penduduk dunia seramai 6.8 bilion. Ini adalah satu pasaran yang besar dan perlu diterokai segera. Mereka memerlukan berbagai jenis produk bagi memenuhi keperluan harian mereka.

Walau bagaimanapun ianya tidak semudah yang  disangka. Segala langkah dan usaha mesti diataur dengan teliti dan berhati-hati untuk mencapai keuntungan yang maksimum. Bagi mencapai matlamat tersebut, perlu ada produk yang berkualiti, harga yang berpatutan dan disamping jenama dan pemasaran yang berkesan.

Saya sedang berusaha untuk mendapatkan beberapa produk dan akan membuat penilaian bagi menentukan kualiti dan kebolehpasarannya diperingkat domestik dan antarabangsa. Apabila proses ini selesai saya akan memasukkan maklumat mengenai produk secara terperinci, cara membuat tempahan, pembayaran dan penghantaran kepada pelanggan.

Sehubungan dengan itu saya juga mengalu-alukan penyertaan dari mana-mana pihak yang berminat untuk memasarkan produk mereka secara online dengan syarat produk tersebut memenuhi spesifikasi yang ditetapkan dan mampu untuk membuat pengeluaran bagi memenuhi permintaan pasaran.